HomeNiagaBelanja RM200 produk Eskayvie, dapat Proton X50

Belanja RM200 produk Eskayvie, dapat Proton X50

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam tidak menyangka dengan berbelanja hanya RM200 membeli produk kesihatan Eskayvie Diffenz, dia mampu membawa pulang sebuah kereta Proton X50.

Penjawat awam, Nurul Huda, 38, telah diangkat sebagai pemenang Hadiah Utama bagi kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2023 yang telah dijalankan bermula November 2022 sehingga Januari lalu.

“Ini adalah berkat doa tiga anak saya yang sangat idamkan kereta keluarga Proton X50.

“Saya rasa macam mimpi apabila PakNil (Aznil Nawawi) hubungi dan beritahu terpilih sebagai pemenang hadiah utama.

“Tak sangka dengan berbelanja hanya RM200, saya menang kereta Proton X50 idaman anak-anak,” katanya pada media ketika hadir di Eskayvie Grand Annual Dinner 2023 oleh Eskayvie.

Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie bertujuan menghargai semua pelanggan Eskayvie yang sentiasa menyokong dan mempercayai jenama Eskayvie.

Pada majlis yang sama, Eskayvie Diffenz turut meraikan lebih 500 usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan dengan tema Crazy Rich Asian.

Eskayvie turut menghadiahkan penginapan bertaraf lima bintang buat semua kakitangan bersama keluarga bagi menghargai usaha mereka.

Mengulas lanjut mengenai cabutan bertuah yang dimenangi pelanggan setia, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, sepanjang tiga bulan kempen dijalankan, pihaknya menerima lebih 80,000 penyertaan untuk merebut hadiah keseluruhan yang bernilai lebih RM180,000.

Kartika Wati Mohamed (kanan) bersama PakNil dalam majlis Eskayvie Grand Annual Dinner 2023

“Untuk kempen ini juga, pakej Umrah bernilai RM11,000 telah dimenangi oleh Siti Aishah Wahab.

“Tiga buah Honda City model terbaru turut menjadi kejutan istimewa buat penerima Anugerah Khas iaitu kepada tiga kakitangan yang telah memberikan komitmen luar biasa dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada syarikat.

“Mereka ini adalah di antara yang telah sama-sama berpenat lelah di dalam membangunkan syarikat selama ini.

“Sebagai pembuka tirai tahun 2023, Eskayvie telah melancarkan produk semburan aromaterapi Eskayvie Neuscential Inspire dan Eskayvie Neuscential Calme yang diformulasikan untuk membantu memperbaiki mood, fokus, melegakan simptom stres, kemurungan dan sukar tidur.

“Lebih-lebih lagi di dalam keadaan pasca-endemik ini. Bukan saja kesihatan fizikal malahan kesihatan mental turut perlu diambil perhatian bagi mengatasi isu stres yang dialami terutamanya oleh penderita post Covid, ” katanya.

Eskayvie menerima dua anugerah berprestij daripada SME Corp iaitu Anugerah Enterprise 50 (E50) dan Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 telah membuktikan bahawa jenama itu adalah sangat dipercayai dan semakin kukuh di pasaran.

Eskayvie turut mempunyai ibu pejabatnya di Indonesia dan kini giat membangunkan usahawan Eskayvie Nexus Indonesia bagi menguasai pasaran negara tersebut yang mempunyai populasi penduduk lebih 273 juta sehingga 2022.

 

Author

Pilihan Editor