HomeBeritaMahkamah & JenayahGagal lunas hutang RM500, lelaki kena tetak dengan rakan

Gagal lunas hutang RM500, lelaki kena tetak dengan rakan

KUCHING: Akibat tidak melunaskan hutang sebanyak RM500, seorang lelaki cedera parah kerana tangannya ditetak manakala kepalanya diketuk menggunakan tukul oleh rakannya sendiri.

Kejadian dipercayai berlaku di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR), Jalan Arang, Kuching, Sarawak, sekitar jam 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa yang merupakan pekerja tapak binaan berusia 35 tahun sedang berada dalam rumah berkenaan bersama tiga lagi rakan lain apabila pintu utama rumah sewa mereka diketuk.

“Ketika rakannya membuka pintu dia terus ditolak seorang lelaki menyebabkannya terjatuh, lelaki tersebut terus masuk ke rumah dengan memegang sebilah parang disusuli dengan dua orang lelaki yang tidak dikenali.

“Lelaki yang memegang parang terus menuju ke arah mangsa yang baru bangun tidur di ruang tamu dan menetaknya lalu terkena di tangan sebelah kiri menyebabkan tangan mangsa cedera dan berdarah,” katanya seperti dilapor Borneo Network hari ini.

Tambah beliau, salah seorang suspek lelaki lain telah mengetuk kepala mangsa menggunakan tukul.

“Tanpa berkata apa-apa, kesemua suspek tersebut kemudian keluar dari rumah tersebut. Melihat mangsa cedera, tiga rakan serumah lain telah menghantarnya ke hospital umum untuk rawatan.

“Akibat kejadian itu mangsa luka di kepala sebelah kanan, luka pada jari manis dan jari hantu sebelah kanan( dua jahitan setiap jari) dan bawah tapak tangan kanan (empat jahitan),” maklumnya.

Jelasnya, berdasarkan keterangan mangsa punca kejadian berlaku adalah disebabkan mangsa mempunyai hutang berjumlah RM500 yang tidak dibayar olehnya yang menyebabkan suspek dikenali ‘Ah Bie’ marah dan tidak berpuas hati kerana dikatakan mangsa enggan membayar hutang.

“Mangsa dan Ah Bie merupakan kawan sebelum ini dan memang kenal antara satu sama lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera menggunakan objek,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor