HomeHiburan'Demi peminat, saya takkan putus asa' - Khai Bahar

‘Demi peminat, saya takkan putus asa’ – Khai Bahar

CYBERJAYA: ‘Saya takkan berputus asa’.

Itulah yang diungkap penyanyi, Khai Bahar meskipun sudah empat kali bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) namun masih belum meraih gelaran juara.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata, dia akan terus berusaha memberikan yang terbaik di masa akan datang khusus buat para peminatnya.

“Macam saya sendiri bukanlah seorang yang cepat mengalah.

“Apa yang saya nak buat saya akan buat dan kekuatan saya adalah penyokong dan peminat saya.

“Mereka sokong apa sahaja yang saya buat jadi saya akan fokus untuk mereka,” katanya seperti dilapor mStar.

Ditanya sama ada dia sedia membuat penampilan baharu seperti bergandingan dengan kumpulan pemuzik di pentas AJL, Khai menyatakan dia tidak menolak sebarang pelawaan untuk tampil dengan mana-mana kumpulan.

“InsyaAllah, saya nak buat sesuatu yang lain serta luar daripada kebiasaan yang pernah saya buat sebelum ini.

“Mungkin itu akan berlaku, saya akan fikirkan nanti. Apa-apa pun saya takkan berputus asa,” ujarnya.

Untuk rekod, pada AJL kali ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad lalu, Khai yang mendendangkan lagu Sengsara ciptaan dan lirik Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Author

Pilihan Editor