MANILA: Gempa bumi berukuran 6 pada skal Richter melanda Filipina pada pagi Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, lapor Xinhua.
Menurut institut itu gempa berlaku pada 2.10 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 11 km barat daya bandar Batuan di wilayah Masbate di pulau Luzon.
Gempa bumi turut dirasai di beberapa kawasan di Luzon dan tengah Filipina termasuk Bandar Legazpi di wilayah Albay, Sorsogon, Samar Utara, Negros Occidental dan Leyte Selatan, menurut institut itu.
Tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.
Filipina kerap mengalami aktiviti seismik kerana lokasinya terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik. – BERNAMA