CYBERJAYA: Umum mengetahui bahawa nasi merupakan makanan ruji di Malaysia namun, ada satu lagi makanan yang boleh dikategorikan sebagai ‘ruji bulanan’ untuk rata-rata masyarakat di Malaysia iaitu mi segera.
Perihal ini kerana ketika diri dilanda krisis kewangan seperti kesempitan wang di tengah bulan, mi segera adalah antara pilihan utama buat seseorang itu meneruskan kelangsungan hidup.
Dari sisi lain, ciri mi segera yang mudah didapati, mudah dimasak serta dijual dengan harga berpatutan menjadikan makanan itu seolah-olah antara makanan asas yang wajib ada di ruangan dapur setiap rumah.
Meskipun mi segera dijual dengan pelbagai variasi perisa, masih ada sebilangan individu yang kreatif mencipta resipi baharu bagi memberi kelazatan yang berbeza daripada kebiasaannya.
Seperti yang dikongsi oleh seorang ‘Public Figure’ dikenali Kamarul Ariffin Nor Sadan iaitu resipi mi segera versi kari soya.
“Saya pernah pergi rumah kawan saya ni, dia kata dia tak ada apa nak jamu saya. Ada Maggi je katanya.
“Dia kata beri dia lima minit. Dia masak Maggi sekejap. Sekali bila dia hidang, terpesona saya dibuatnya,” tulisnya di Facebook baru-baru ini.
Dalam hantaran sama, Kamarul turut berkongsi resipi mi kari soya itu kepada umum.
Berikut merupakan senarai bahan yang digunakan (1 pax):