MOSCOW: Pakistan dilaporkan telah menyekat Wikipedia kerana ensiklopedia dalam talian itu tidak memadamkan beberapa kandungan yang didapati “menjelikkan”, lapor Sputnik, memetik Bloomberg.
Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) berkata pada Rabu, Wikipedia tidak mematuhi arahan untuk memadamkan kandungan tertentu yang menyalahi undang-undang.
Beberapa kandungan masih ada di Wikipedia selepas tamat tempoh akhir 48 jam dan kerana platform itu gagal memadam kandungan itu ia telah disekat, kata jurucakap PTA Malahat Obaid.
Beliau berkata, PTA akan mempertimbangkan untuk menarik balik sekatan jika kandungan berkenaan dipadamkan sepenuhnya.
PTA sedang membincangkan isu itu dengan pegawai Wikipedia. – BERNAMA