HomeBeritaViralCemburu motif serangan terhadap Kamal Adli

Cemburu motif serangan terhadap Kamal Adli

PETALING JAYA: Benar kata orang hati-hati pamer kebahagiaan di media sosial kerana bukan semua orang boleh menerima malah boleh menyebabkan rasa cemburu dan sakit hati.

Itulah pengajaran yang berlaku ke atas insiden seorang lelaki warga Singapura menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan chota (kapak india dengan pemegang panjang) sehingga mengalami kecederaan serius dipercayai kerana rasa cemburu yang amat kuat.

Kecederaan Kamal Adli di bahagian kepala dan harus ditidurkan.

Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, mendedahkan penyerang sempat menjerit cemburukan melihat kebahagiaan dan kerana berkahwin dengannya.

“Suspek kata dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya,” katanya.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Uqasha dalam InstaStorynya, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga memaklumkan suspek telah lama menyimpan dendam terhadap Kamal Adli.

Uqasha turut berkongsi tangkap layar paparan mesej dikirimkan seseorang yang mengugut untuk membunuh suaminya.

“Hey! Pesan sama Kamal Adli anjing. Aku mesti bunuh dia. Aku mesti seksa dia habis-habisan okey. Semua anjing keparat,” tulis mesej ugutan tersebut yang dikongsikan Uqasha.

Pada masa sama, Uqasha, 30, turut meminta orang ramai supaya tidak meninggalkan mesej yang boleh mengganggu emosinya berkaitan serangan yang menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di kepala.

Kata Uqasha, sebagai seorang isteri, dia berasa sangat trauma atas apa yang berlaku lebih-lebih lagi kejadian tersebut terjadi di depan matanya.

“Kalau tak ada benda elok atau baik nak cakap, jangan kata apa-apa. Suami aku berdarah-darah depan mata aku.

“Aku isteri, aku trauma dan menggigil. Tolong jangan komen benda bodoh,” ujarnya kesal.

Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek dalam Instagram memaparkan dirinya sedang menangis di hospital berkongsi keadaan terkini dan memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.

Kamal juga terpaksa ditidurkan bagi menjalani satu pembedahan major pada kepada selepas diserang seorang individu tidak dikenali ketika berada di sebuah acara jualan di Singapura.

 

Author

Pilihan Editor