ORLANDO: Rata-rata wanita pasti kecewa apabila mengetahui suami tercinta berlaku curang dengannya.
Namun, berbeza dengan kisah seorang isteri di Florida, Charity Craig, mengakui dia lebih bahagia saat mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Memetik laporan portal Daily Mirror, wanita terbabit pada awalnya kecewa dengan khabar mengejut itu namun akhirnya memutuskan untuk memperbaiki diri masing-masing selain bertindak memaafkan perbuatan suaminya.
Menurut laporan sama, pasangan berkenaan sudah hampir setahun hidup berasingan namun itu tidak menjadikan alasan buat mereka sama-sama perbaiki diri mencari solusi terbaik bagi memulihkan semula hubungan mereka.
Charity dan suaminya, Matt, bertemu ketika mereka berusia 13 dan 18 tahun serta berkahwin ketika berumur 21 dan 25 tahun pada Januari 2004 tetapi pada 2012, Charity mendapati suaminya curang dengan seseorang yang ditemuinya ketika bekerja.
Katanya, banyak mesej teks daripada perempuan lain ditemuinya semasa memeriksa telefon Matt dengan ungkapan kata yang begitu mesra.
“Anda tidak boleh menjatuhkan ‘bom tangan’ di rumah anda tetapi ia menjadi perjalanan yang sangat peribadi dan saya pergi serta menjalani terapi (memulihkan hubungan) dan Matt turut melakukannya. Kini kami lebih gembira berbanding sebelum ini.” ujarnya.