[VIDEO] Program Kayuhan Menjunjung Kasih bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor

0
145

Program Kayuhan Menjunjung Kasih bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor adalah inisiatif pihak Majlis dalam menyemarakkan program sempena bulan sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 bersempena dengan tahun Perasmian Jambatan Raja Muda Nala, Klang Selangor dengan jarak sejauh 22km.

Program dwi tahunan ini diteruskan pada tahun 2019 atas sambutan yang menggalakkan pada edisi yang pertama dan telah berjaya menghimpunkan seramai 1700 peserta dengan jarak kayuhan 37.1 km mengelilingi sekitar kawasan Daerah Klang Utara dan sebahagian kawasan Daerah Klang Selatan. Lebih istimewa pada edisi kedua, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar Duli bagi sama – sama berkayuh dengan rakyat jelata.

Program ini yang sepatutnya dianjurkan pada tahun 2021 terpaksa ditunda pada tahun 2022 disebabkan seluruh negara ditimpa COVID-19 yang mana semua aktiviti sukan tidak dibenarkan mengikut skala yang besar dan mempunyai prosedur yang ketat.

Author