HomeEkspresiSuasana 'shopping' raya di Jalan TAR, Kuala Lumpur

Suasana ‘shopping’ raya di Jalan TAR, Kuala Lumpur

MENJELANG hari raya Aidilfitri, rata-rata rakyat Malaysia dilihat semakin rancak membeli-belah di ibu kota bagi mendapatkan barangan keperluan untuk persiapan hari lebaran.

Ikuti suasana orang ramai ‘shopping raya’ yang sempat MEDIA VARIASI rakamkan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, Jalan TAR merupakan antara lokasi yang popular di bulan Ramadan kerana menjadi tumpuan orang ramai berkunjung ke bazar-bazar disekitarnya yang menawarkan pelbagai jenis barangan dengan harga mampu milik seperti pakaian, kasut, kuih, bunga api dan sebagainya yang berkaitan dengan hari raya.

Lebih menarik lagi, lokasi di Jalan TAR ini seakan-akan ‘hidup’ 24 jam setiap hari semasa bulan Ramadan kerana banyak kedai yang dibuka sehingga lewat pagi.




Suasana Jalan TAR di waktu malam turut kelihatan meriah dengan kunjungan orang ramai.

 

Authors

Pilihan Editor