KUALA LUMPUR: Pelakon, Alya Iman memulakan langkah pada 1 Syawal dengan enggan menipu netizen di media sosial tentang keperibadian sebenarnya.
Bertahun-tahun dia merasakan menipu orang ramai dengan mempamerkan imej Muslimah dengan berhijab di media sosial untuk mendapat pengikut dan sokongan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Alya dilihat mengenakan baju kurung moden biru dengan rambut panjang berwarna perang.
Memetik Kosmo, Alya berkata dia enggan terus menipu tentang diri sendiri di media sosial serta mengatakan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.
“Saya cuma mahu tunjukkan diri yang sebenar. Kenapa mahu menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah jadi hipokrit dan membohongi semua orang.
“Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan jika tidak suka pun tak mengapa,” katanya.
Dalam pada itu, Alya berkata, dia lebih selesa dengan imej tidak berhijab dan tidak mahu terus menipu semua orang.
Keputusan untuk tidak berhijab untuk beri peluang orang ramai kenal diri saya yang sebenar bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian.
“Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang,” katanya.
Sementara itu, Alya berkata, keputusannya dibuat selepas mendapat persetujuan daripada keluarga serta rakan baik.
Tiada alasan yang khusus mengapa saya tampil tidak bertudung pada 1 Syawal lalu.
“Keputusan itu dilakukan selepas berbincang dengan keluarg dan teman rapat, mereka bersetuju sahaja,” katanya.
Terdahulu, nama Alya menjadi perhatian apabila didakwa menjalin hubungan dengan ahli perniagaan berstatus suami orang.
Menurut pelakon itu, dia dan ahli perniagaan itu sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan pada Mac 2020.
Kemudian, Alya bertunang dengan seorang duda dengan dua cahaya mata, Ridwan Rosli pada 2020 namun hubungan mereka terlerai selepas dua tahun.