HomeHiburanPeminat teruja jumpa Ariel Noah ‘ride’ motor balik raya

Peminat teruja jumpa Ariel Noah ‘ride’ motor balik raya

JAKARTA: Seorang pengguna jalan raya di Indonesia teruja ketika bertemu penyanyi terkenal, Ariel Noah yang pulang ke kampung dengan menaiki motosikal.

Lapor portal berita Detik, video yang dimuat naik oleh Sinta Rahayu memaparkan Ariel menunggang motosikal jenis model BMW G310GS.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika penyanyi itu bertolak ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Terserempak dengan Ariel Noah. Dia sangat merendah diri ketika disapa di tengah jalan semasa lalu lintas sesak. Hati-hati pulang ke Jakarta,” tulisnya.

Meskipun keadaan jalan raya sesak, tidak ramai yang menyedari kehadiran vokalis yang popular dengan lagu ‘Menghapus Jejakmu’ itu.

Malah, video berkenaan menjadi perhatian warga net di ruangan komen.

“Sederhana sungguah Ariel,” komen seorang netizen.

“Benar, Ariel tidak sombong, saya pernah bertemunya di JCC Jakarta,” komen pengguna lain.

Author

Pilihan Editor