Gempa bumi itu berlaku pukul 3 pagi (waktu Jakarta) pada Selasa (2000 GMT Isnin) dengan pusat gempa berada 177 kilometer (km) barat laut daerah Kepulauan Mentawai dan kedalaman 84 km di bawah dasar laut, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.
Lebih 2,000 penduduk telah melarikan diri dari kawasan pantai, menuju ke kawasan lebih tinggi di daerah Siberut Barat dan Siberut Utara di daerah Kepulauan Mentawai, kata ketua unit kecemasan dan logistik agensi pengurusan dan mitigasi bencana daerah Mentawai, Amir Ahmari.
“Gegaran kuat turut dirasai di daerah kecil Siberut Barat dan Siberut Utara. Penduduk bergegas ke kawasan yang lebih tinggi,” kata Ahmari ketika dihubungi Agensi Berita Xinhua.
Setakat ini tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, namun penilaian risiko maih dilakukan, katanya.
Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara, Abdul Muhari, berkata berdasarkan pemerhatian visual tiada kecederaan, kemalangan jiwa dan kerosakan selepas gempa itu.
Ketua agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik, Dwikorita Karnawati berkata, permukaan air telah meningkat 11 sentimeter dan agensi itu meramalkan kenaikan tidak melebihi 0.5 meter. – BERNAMA