PIHAK Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) bersama sebahagian daripada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis, mahasiswa, tokoh masyarakat, tokoh-tokoh politik dan orang ramai membawa bendera Malaysia dan Palestin mengadakan perarakan bagi memprotes kekejaman Israel dan menyerahkan memorandum pada Himpunan Solidariti Hari Al-Quds sedunia 2023 bertempat di hadapan Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Jumaat.