HomeEkspresiTerokai keunikan Malaysia Heritage Studios di Melaka!

Terokai keunikan Malaysia Heritage Studios di Melaka!

JIKA anda merancang bercuti di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk singgah menikmati warisan budaya di Malaysia Heritage Studios (MHS) yang terletak di Ayer Keroh.

Mungkin ada sebilangan beranggapan lokasi yang kaya dengan warisan ini ‘mudah bosan’ dek kerana hanya berkisarkan sejarah semata namun, berbeza dengan penyampaian di MHS ini.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia Heritage Studios dahulunya dikenali sebagai Taman Mini Malaysia.

Dalam kawasan ini, anda bakal menerokai 14 jenis rumah tradisional di Malaysia dan antara rumah yang popular adalah Rumah Kedah, Rumah Terengganu dan Rumah Selangor.

Boleh dikatakan luaran tampak tradisonal seperti berada di kampung halaman sendiri


Anda pasti terpegun saat memasuki ruangan dalam setiap rumah kerana dipenuhi elemen kejutan yang mempamerkan ruangan berkonsepkan moden dan interaktif.

Anda pasti teruja saat memasuki Rumah Terengganu yang berkonsepkan hidupan laut. Memang cantik untuk berfoto!
Antara rumah yang popular, Rumah Kedah kerana bersinar dengan kilauan sawah padi
Setiap rumah mempunyai elemen tersendiri yang menjadi kejutan buat pengunjung nikmati suasana di Malaysia Heritage Studios.
Jaga-jaga jika terserempak dengan buaian ini! Ada kisahnya…
Anda juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan tradisional yang dibawakan khas oleh penari-penari Malaysia Heritage Studios

     Bagi anda yang berminat untuk berkunjung ke sini, sila layari laman web Malaysia Heritage Studios untuk dapatkan tiket anda!

Author

Pilihan Editor