HomeSukanMU bakal terima pemilik baharu?

MU bakal terima pemilik baharu?

RATA-rata peminat bola sepak tanah air mengetahui kemelut kewangan yang melanda pasukan Melaka United FC (MUFC) sehingga tidak dibenarkan untuk beraksi dalam Liga Super 2023. 

Bagaimanapun, dilaporkan sebuah syarikat gergasi bakal menjadi pemilik baharu kepada MUFC dan pasti memberi sinar kepada pasukan Hang Tuah dan peminat mereka.

Lapor Arena Metro, proses pengambilalihan pasukan itu masih dalam peringkat awal antara syarikat berkenaan dengan pengurusan MUFC.

Pada masa yang sama, syarikat berkenaan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi melancarkan proses berkenaan serta melangsaikan hutang dan tunggakan gaji pemain dan pegawai MUFC.

Menerusi satu kenyataan tentang proses ini, syarikat berkenaan sedang membuat kerja-kerja pelaburan dalam industri bola sepak dan pasukan yang dilihat berpotensi adalah Melaka (MU).

“Ketika ini perbincangan sedang berjalan bersama pihak peguam kelab terbabit. Tunggulah dulu sehingga ada keputusan muktamad, tetapi memang syarikat itu serius dan sanggup bayar semua tunggakan gaji bekas pemain,” tambahnya.

Author

Pilihan Editor