HomeTeknologiItali sekat penggunaan AI ChatGPT, isu ketirisan privasi

Itali sekat penggunaan AI ChatGPT, isu ketirisan privasi

CYBERJAYA: Kecanggihan teknologi kini sehingga tercetusnya kecerdasan buatan (AI) ChatGPT ternyata memudahkan urusan manusia.

Bagaimanapun, ChatGPT ini turut mendapat bantahan sebilangan pihak kerana sekuriti keselamatan penggunaanya masih dilihat tidak selamat.

Perkara itu membuatkan negara Itali menghalang penggunaan ChatGPT untuk sementara waktu, lapor Amanz.

Laporan sama menyatakan Itali mengambil tindakan sedemikian kerana wujud isu mengenai sekuriti dan privasi pengguna yang belum diterangkan oleh pihak OpenAI pada waktu kini.

Antara isu utama ialah sebelum ini ChatGPT meniriskan data mengenai kad kredit pengguna secara tidak sengaja.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Itali mahu OpenAI menerangkan mengenai penggunaan data pengguna bagi memastikan ia memenuhi RUU GDPR yang digunakan di Kesatuan Eropah.

Menurut OpenAI, OpenAI boleh didenda €20 juta ataupun 4 peratus pendapatan tahunan jika melanggar kriteria berkenaan.

Untuk rekod, Itali sebelum ini turut mengenakan halangan ke atas chatbot Replika kerana melibatkan penggunaan data pengguna serta akses kandungan dewasa oleh insan bawah umur.

Author

1 COMMENT

  1. Informasi yang sungguh bermnfaat. Berbagai teknologi memiliki manfaat untuk aktivitas di era digitalisasi. AR marker atau Augmented Reality merupakan teknologi yang inovatif dan menarik yang dapat dinikmati oleh semuanya karena tersedia di berbagai bidang atau industri.

Pilihan Editor