HomeHiburanCakra Khan sertai America’s Got Talent, mohon peminat doakan kejayaan

Cakra Khan sertai America’s Got Talent, mohon peminat doakan kejayaan

 

CYBERJAYA: Penyanyi Indonesia, Cakra Khan dilaporkan bakal menyertai America’s Got Talent (AGT) selepas dilihat memuat naik foto berlatar belakangkan program tersebut di laman Instagram miliknya.

Cakra Konta Paryaman atau lebih dikenali sebagai Cakra Khan, memohon doa daripada peminat agar urusannya di AGT berjalan dengan lancar.

“Bismillah, mohon doanya semuanya semoga diberi kelancaran, minta maaf semuanya.

“Jangan lupa menontonnya ya,” tulisnya menerusi kapsyen di gambar tersebut.

Hantaran itu mendapat reaksi positif dari peminat serta artis-artis tempatan Indonesia.

Rata-rata warga net mendoakan dan memberi semangat buat penyanyi lagu ‘Harus Terpisah’ itu menyertai program realiti berkenaan.

“Semoga nanti dapat golden buzzer ya Cakra sewaktu uji bakat pertama di AGT.

“Tak sabar nak tengok komen Simon Cowell.

“Bakal terkejut ni juri dan penontonnya dengar suara Cakra,” tulis peminat di ruangan komen.

Untuk rekod, America’s Got Talent kini sudah memasuki musim ke-17 sejak ditayangkan pada 2004.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor