Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan destinasi menarik untuk dilawati.
Salah satu tarikan yang menjadi tumpuan ramai adalah di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi yang terletak di Bentong, Pahang Darul Makmur.
Pasti ramai yang terpukau saat menjejakkan kaki di Colmar Tropicale kerana bangunannya berkonsepkan senibina Perancis.
Malah, keindahan pemandangan yang indah dan udara yang segar jauh dari Ibukota membuatkan jiwa menjadi tenang.
Perjalanan ke Bukit Tinggi dari Pusat Bandaraya lebih kurang 42 Kilometer dari Plaza Tol Gombak dengan mengambil masa sekitar 40 minit.
Dengan melalui lebuhraya Karak dan keluar mengikut simpang ke EXIT 805 Berjaya Hills Resort, jalan untuk ke puncak bukit sudah pasti mencabar dengan selekoh yang di kelilingi pemandangan hijau.
Colmar Tropicale adalah satu-satunya tempat pusat peranginan yang dibangunkan mengikut ciri-ciri perkampungan bertemakan senibina Perancis sejak berpuluh tahun dahulu.
Colmar Tropicale turut menawarkan tempat penginapan dan terdapat pelbagai jenis bilik bersesuaian dengan pilihan pengunjung untuk bermalam dan bersantai bersama keluarga mahupun baru mendirikan rumah tangga.
Disekitar Colmar Tropicale juga terdapat beberapa restoran yang berkonsepkan makanan Perancis di antara nya seperti
Restoran Le Blason,Le Flamme, Le Poulet Roti, La Cigogne, La Boulangerie dan Restoran yang menyajikan hidangan istimewa kepada pelanggan.
Selain itu,terdapat beberapa kedai menjual cenderahati dan taman tema haiwan serta permainan untuk di lawati.