NEW YORK: Seorang maut manakala enam lagi cedera selepas sebahagian bangunan di hilir Manhattan runtuh pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik pegawai kecemasan.
Garaj tempat letak kereta empat tingkat “ranap” sejurus selepas jam 4 petang, kata pegawai perbandaran.
Butiran mengenai kematian belum didedahkan manakala anggota bomba berusaha mengesan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap.
Beberapa mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan dan kini dilapor stabil.
Anggota bomba pada mulanya memasuki bangunan itu tetapi kemudian mengosongkan premis berkenaan selepas strukturnya dianggap tidak selamat.
Garaj itu dilaporkan dimiliki oleh Abacus Bank. – BERNAMA-dpa