HomeMV+EksklusifBoy Iman penganjur sebenar Hoorrey X Fest Raya!

Boy Iman penganjur sebenar Hoorrey X Fest Raya!

 

KUALA LUMPUR: Penganjuran acara Hoorrey X Fest Raya 2023 yang menghimpunkan vendor-vendor jualan sempena raya Aidilfitri, sepatutnya berlangsung pada 19 April hingga 21 April ini namun bertukar menjadi ‘kecoh’ apabila acara itu dibatalkan pada saat akhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim yang dikatakan penganjur utama acara ini tiba-tiba menyatakan bahawa Boy Iman atau  Norul Iman Abdul Rahman merupakan penganjur utama dalam acara ini.

Tambahnya, dia hanya mengikut arahan dari pihak atasan.

Makluman tersebut mendapat kecaman daripada pihak vendor yang rata-rata sangat tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihaknya. 

TERUS BERSAMA MEDIA VARIASI UNTUK MENGETAHUI INFO YANG TERKINI

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor