HomeHiburanTak sampai 24 jam, orang gaji Sharifah Zarina ‘cabut lari’ 

Tak sampai 24 jam, orang gaji Sharifah Zarina ‘cabut lari’ 

 

CYBERJAYA: Belum cukup 24 jam berada di rumah majikan, pembantu rumah kepada penyanyi, Sharifah Zarina dilaporkan melarikan diri sekitar jam 4 pagi, semalam.

Perkara itu dikongsi Sharifah Zarina, 42, menerusi hantaran video yang dimuatnaik dalam Instagram miliknya.

Menurut Zarina, pembantu rumahnya yang merupakan wanita dari Indonesia itu dilihat memanjat tembok di rumahnya sekitar jam 4 pagi Khamis bagi melarikan diri.

“Ambil pukul 10 malam tadi (rabu), pukul 4 pagi dah kabur.

“Nak transfer duit ke ejen pon belum sempat, nasib baik kalau tak naya je.

“Saya kongsikan ini untuk peringatan dekat semua orang, kalau dia ada munculkan diri nak kerja jadi maid rumah kamu semua,” tulisnya.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Langit Ketujuh’ itu juga berkongsi bahawa sebelum kejadian, dia ada memaklumkan kepada pembantu rumahnya supaya memaklumkan keadaanya jika tidak selesa bekerja di rumahnya.

“Gaji 1.5k (permulaan)pun nak lari. Lepas tiga bulan naik lagi gajinya. Dah la saya ni bukannya ada anak kecik.Semua dah besar buat hal masing-masing.

“Saya cakap kat dia sapu rumahnya seminggu sekali cukup. Cuci toiletnya seminggu dua kali aja ya udah.. jangan fikir-fikir sangat buat kerja rumah. Padahal saya sudah bilang kalau ngak serasi cakap je saya hantar balik ke agent terus cepat-cepat..tapi tetap mau lari disubuh hari ya,” ujarnya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor