HomeHiburanAiman Tino muntah 4 kali, sah kena demam denggi

Aiman Tino muntah 4 kali, sah kena demam denggi

CYBERJAYA: Baru sahaja menginjak ke alam rumah tangga, penyanyi Aiman Tino diduga dengan terkena virus demam denggi sehingga dimasukkan ke Hospital di Johor Bahru.

Menurut Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, suhu badannya mencecah sehingga 40 darjah Celcius serta keputusan darah menunjukkan dia terkena virus denggi.

“Sepatutnya saya ke Johor ini untuk menjalani penggambaran telemovie. Tapi pada hari Rabu saya dah mula demam. Khamis dan jumaat saya hanya duduk berehat di hotel saja.

“Saya mula shooting Isnin lepas dan Rabu tu dah mula tak sihat terpaksa ambil cuti dua hari. Sabtu saya sambung kerja ingat dah betul-betul sihat tapi malam tu saya muntah empat kali.

“Pergi hospital, bila doktor check tekanan darah rendah dan badan terlalu panas sehingga cecah suhu 40 dan keputusan darah keluar doktor beritahu saya terkena denggi,” katanya seperti yang dilapor mStar.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini, semakin pulih dan berharap dapat meneruskan komitmen kerja kerana tidak mahu membebankan tenaga produksi yang lain.

Dalam pada itu, Aiman turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati serta sentiasa menjaga kesihatan.

“Saya cuma nak nasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan.

“Jaga kebersihan sekeliling kita terutamanya kawasan perumahan dan elakkan perkara yang boleh membuat nyamuk aedes membiak,” ujarnya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor