HomeEkspresi'Bagai masuk ke dunia lain!' - Keindahan Tasik Cermin mempesona

‘Bagai masuk ke dunia lain!’ – Keindahan Tasik Cermin mempesona

 

SEBUT sahaja Ipoh, Perak, pasti ramai yang membayangkan keindahan alam semula jadi yang memberi ketenangan dek kerana udara dan suasana yang nyaman.

Baru-baru ini, MEDIA VARIASI berkesempatan menerokai salah-satu keindahan yang terletak di bandar Ipoh dikenali sebagai Tasik Cermin.

Siapa sangka, disebalik kawasan pergunungan terletaknya sebuah tasik yang dikelilingi gua-gua batu kapur.

Saat melangkah masuk ke dalam gua menuju ke kawasan tasik terasa seperti berada di ‘dunia lain’ seketika dek kerana terpegun melihat kejadian alam yang begitu sempurna.

Keindahan dan rasa nyaman yang ada di Tasik Cermin membuatkan sambutan pengunjung meningkat tinggi lebih-lebih ketika musim cuti.

Malah, keunikan lokasi ini bukan sahaja menarik perhatian pengunjung dari dalam negara bahkan ramai pengunjung dari luar negara sanggup hadir ke Ipoh semata-mata mahu menikmati keindahan Tasik Cermin.

Lebih menarik lagi, lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai dan spot menarik untuk ‘Outfit Of The Day’ (OOTD) ini kini dilengkapi pelbagai fasiliti yang boleh diakses para pengunjung.

Selain daripada berfoto, pengunjung juga boleh menelusuri keindahan tasik dengan mengambil perkhidmatan bot yang ditawarkan.

Dari aspek fasiliti pula, terdapat beberapa fasiliti yang disediakan di sekitar luar Tasik Cermin adalah tandas awam, kawasan rehat berbumbung serta mesin gedegang yang menawarkan pelbagai jenis makanan ringan dan air minuman.

Harga Tiket

Author

Pilihan Editor