CYBERJAYA: Keakraban antara penyanyi ahli kumpulan Dolla, Angel dengan pelakon, Nadhir Nasar nyata menjadi perhatian netizen sehingga ada peminat fanatic Nadhir yang sanggup menyerang Angel kerana tidak puas hati.
Bagaimanapun, Angel atau nama sebenarnya Angelina Chai Ka Ying, 23, berkata, dia tidak menyimpan rasa marah akan kejadian yang berlaku itu kerana memahami perasaan selaku peminat fanatik.
“Itu perkara biasa (kena serang). Saya tak rasa apa-apa sebaliknya faham perasaan mereka sebagai peminat,” kongsinya seperti dilapor mStar.
Mengulas isu keakraban dengan Nadhir, Angel berkata, dia dan pelakon Projek: High Council itu dianggap sebagai rakan sekerja sahaja.
“Berbalas komen itu tidak membawa maksud apa-apa, cuma berteman biasa sahaja.
“Kami kalau berjumpa di luar pun hanya sekadar bertanya khabar sahaja.
“Kami kenal pun ketika sama-sama muncul dalam program MeleTop.. keluar berdua pun tidak pernah,” ujarnya.