HomeBeritaViralIsteri menangis penat buat kerja rumah lepas seminggu kahwin

Isteri menangis penat buat kerja rumah lepas seminggu kahwin

BARU seminggu mendirikan rumah tangga, seorang wanita menangis meluahkan rasa penat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, wanita itu dilihat mengadu kepada suaminya sambil bergelinang air mata.

Difahamkan, sepanjang kehidupannya sebelum ini, segala urusan rumah termasuk memasak dilakukan oleh ibunya.

Kini, selepas menjadi seorang isteri, semua pekerjaan seperti mengemas rumah, memasak, menyiapkan pakaian untuk suami semuanya perlu dilakukan sendiri.

“Penat menjaga orang, selalu saya dijaga oleh ibu.

“Bangun awal pagi jadi mengantuk, biasa bangun jam 11, kalau makan biasanya sudah ada di atas meja.

“Saya nak tidur, jangan ganggu saya, buat makan sendiri.” katanya.

Namun, suaminya cuba memujuk dengan berkata lama-kelamaan isterinya akan terbiasa untuk melakukan semua rutin harian itu..

Menjengah di ruangan komen, para isteri turut berkongsi pengalaman yang sama apabila baru mula menginjak ke alam rumah tangga.

“Awal nikah dahulu juga mengalami perkara yang sama, lebih kurang sebulan menangis kerana belum terima yang dahulu nya bujang,” kongsi netizen.

“Sama weh, awal-awal nikah dulu rasa shock sangat kena menjalani kehidupan sebagai seorang isteri,” komen pengguna TikTok.

“Tapi memang betul, awal-awal nikah dulu betul-betul ubah hidupku, tapi Alhamdulillah yang dulunya tak pandai masak tapi lepas nikah boleh masak apa saja,” tulis warga net.

 

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor