PASUKAN Malaysia melakar sejarah apabila pertama kali menghantar skuad wanita dalam kategori e-sukan bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sekali gus menyumbang pingat gangsa buat kem e-sukan negara.
Perlawanan menentang pasukan Vietnam dalam penentuan pingat gangsa itu meraih kemenangan dengan mudah apabila skuad wanita berjaya menundukkan pasukan lawan dengan 2-0.
Sebelum ini, pasukan wanita kebangsaan gagal menempah slot ke peringkat akhir apabila tewas kepada pasukan Filipina 0-2 di peringkat separuh akhir yang membawa perlawanan itu dilanjutkan sehingga tengah malam.
Bagaimanapun, mereka telah beraksi dengan baik mempertahankan Crystal namun rezeki tidak berpihak kepada mereka, lapor My Game On.