HomeNiagaUsahawanMasih banyak PMKS terkesan akibat COVID-19

Masih banyak PMKS terkesan akibat COVID-19

CYBERJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengakui bahawa masih banyak lagi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang masih terkesan akibat COVID-19.

Katanya, sehingga kini ada di antara mereka dalam proses memulihkan semula perniagaan.

“Kementerian khususnya melalui agensi-agensi kita sentiasa terbuka dan membantu misalnya mereka yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini kita telah bersetuju dasar selama ini diteruskan iaitu PMKS yang terkesan mereka boleh memohon untuk menangguhkan pembayaran sehingga sekurang-kurangnya enam bulan.

“Supaya mereka boleh mempunyai masa yang sesuai untuk meneruskan perniagaan, memulihkan perniagaan sebelum mereka memulakan pembayaran semula kepada pinjaman kredit yang telah mereka adakan dengan agensi-agensi di bawah kementerian,” katanya kepada MEDIA VARIASI, hari ini. 

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Serta Agensi di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Tambah Ewon, golongan PMKS yang terkesan boleh tampil di mana-mana agensi di bawah kementerian untuk mendapatkan perkhidmatan dan latihan yang bersesuaian, penangguhan atau penstrukturan semula pinjaman PMKS.

Jelasnya, pihaknya kini giat menjalankan proses libat urus (midterm review) Rancangan Malaysia Kedua belas (RMK-12) dengan mengambil kira faktor keadaan ekonomi semasa.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor