LOS ANGELES: Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan Big Bear City di selatan California, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.
Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.02 petang (waktu tempatan) (22:02 GMT) pada Isnin, menurut Jabatan Bomba Big Bear.
Anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira tiga minit kemudian, menurut jabatan itu di Facebook.
Ia merupakan nahas pesawat ringan yang kedua berlaku dalam tempoh tiga hari di selatan California.
Sebelum ini, seorang juruterbang maut selepas pesawat dipandunya terhempas di kawasan pergunungan di Los Angeles pada Sabtu. – BERNAMA-XINHUA