PENYANYI juga pelakon antarabangsa, Selena Gomez baru-baru ini berkongsi tentang isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan.
Menurut Selena Gomez, 31, dia terpanggil untuk berkongsi mengenai isu terbabit kerana pernah mengalami kemurungan dan depresi gara-gara membaca komen dalam media sosial.
“Isu kesihatan mental bukan hal yang boleh dipandang ringan. Hari ini, ramai yang mengalami masalah gangguan mental, namun kebanyakan mereka memilih untuk diam,” katanya seperti dilapor Kosmo.
Perkongsian yang dibuat menerusi platform peribadi Gomez, Wondermind itu turut disertai Brooklyn Beckham dan isterinya, Nicola Peltz.
Tambahnya lagi, media sosial tidak sewajarnya menjadi punca seseorang mengalami depresi seperti yang dialaminya.
Gomez juga pernah menutup semua media sosial miliknya bagi menenangkan fikiran.