HomeGlobalArab Saudi beri amaran, kes vandalisme di Gua Hira

Arab Saudi beri amaran, kes vandalisme di Gua Hira

PIHAK berkuasa Arab Saudi memberi amaran kepada individu yang membuat sebarang kerosakan secara sengaja terhadap kemudahan awam di negara itu akan dikenakan hukuman.

Amaran itu dikeluarkan selepas tular sebuah video yang memaparkan berlakunya vandalisme di dinding Gua Hira, lapor CNN Indonesia.

Laporan sama turut menyatakan bahawa rakaman itu adalah sebahagian daripada video yang dimuat naik oleh Husein Ja’far Al Haidar di saluran YouTube Jeda Nulis bertajuk “Mengapa Depok di Gua Hira”.

Ja’far memaklumkan, proses mendaki Gua Hira sepatutnya penuh dengan nilai kerohanian namun terganggu dengan sampah dan vandalisme.

“Antara yang saya kesalkan di atas batu-batu denai mendaki Gua Hira berlaku vandalisme, contengan orang yang tidak bertanggungjawab.

“Dan beberapa pelaku vandalisme jelas orang Indonesia, kerana lihat mereka, nama Rojali, Andriyani, Miftah, dan Depok, silakan,” katanya seperti dilapor portal berkenaan.

Sementara itu, Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Eko Hartono memaklumkan sekiranya pelaku vandalisme ditangkap, mereka boleh didenda dan dipenjara.

Jika didapati bersalah, pelaku boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda maksimum Rp.401 juta (RM121,695.68), lapor Gulf News.

Author

Pilihan Editor