HomeBeritaZCITY lancarkan Inisiatif Payung RAHMAH

ZCITY lancarkan Inisiatif Payung RAHMAH

PUTRAJAYA: ZCITY dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Kempen Inisiatif Payung RAHMAH bagi membantu individu atau keluarga mengatasi kos meningkat dalam perbelanjaan harian.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ZCITY, Sam Teo, pakej RAHMAH melalui aplikasi ZCITY, pengguna dapat menikmati pelbagai faedah seperti baucar petrol, pembayaran bil, baucar makanan, barangan runcit dan lain-lain dengan jaminan harga terendah.

“Pengguna ZCITY boleh menerima e-baucar bernilai RM70 apabila mereka berbelanja sebanyak RM50.

“E-baucar ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti mengisi minyak kenderaan, membeli makanan, barangan runcit dan menyelesaikan bil bulanan untuk perkhidmatan termasuk telekomunikasi, langganan TV, utiliti dan banyak lagi.

“Selaras dengan inisiatif KPDN, kami yakin bahawa Kempen Inisiatif Payung RAHMAH akan memberikan bantuan praktikal kepada rakyat Malaysia melalui platform gaya hidup digital kami,” katanya.

Sam Teo berkata demikian ketika melancarkan Kempen Inisiatif Payung RAHMAH bersama ZCITY di IOI City Mall Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, orang ramai boleh memuat turun aplikasi ZCITY melalui https://www.zcity.io/download.

Author

Pilihan Editor