HomeBeritaPolitikBN tawar Muhammad Khizri cabar Sanusi di DUN Jeneri

BN tawar Muhammad Khizri cabar Sanusi di DUN Jeneri

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pencalonan Ketua Umno Bahagian Sik tu itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTCKL) pada Jumaat.

DUN Jeneri ketika ini disandang oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang menghadapi dua pertuduhan mahkamah baru-baru ini.

Sebelum ini, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilapor berkata, Muhammad Sanusi dijangka berisiko hilang status sebagai Menteri Besar Kedah dan kerusi DUN Jeneri jika didapati bersalah dalam pertuduhan tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkn (PRN) di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Berita lanjut menyusul.

Author

Pilihan Editor