PASUKAN badminton Hong Kong hari ini mengumumukan Choong Hann sebagai jurulatih perseorang baharu mereka.
Pelantikan Choong Hann itu sekali gus menggantikan tempat Wong Tat Meng selepas beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah jurulatih perseorang di Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Tat Meng meletakkan jawatannya bulan lalu untuk menjadi jurulatih pemain pensendirian, Lee Zii Jia.
Ketika ini, BAM masih mencari calon yang sesuai untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Choong Hann.
Choong Hann berkata, dia sangat gembira untuk memulakan perjalanan baharu sebagai jurulatih di Hong Kong.
Tambah beliau, perkara itu merupakan kali pertama dia menjadi jurulatih di luar negara dan latihan pertamanya dijangka bermula minggu hadapan.
“Saya mempunyai pengalaman kejurulatihan di Malaysia selama lebih empat tahun, ia akan membantu saya semasa saya membimbing pemain perseorangan di Hong Kong.
“Hong Kong mendekati saya sebaik sahaja mereka mendengar bahawa saya telah meletak jawatan di sini. Saya gembira untuk memulakan perjalanan baharu bersama mereka,” ujarnya.