DAVID de Gea akan meninggalkan Manchester United selepas 12 musim, umum penjaga gol Sepanyol itu pada Sabtu.
De Gea, 32, mengucapkan selamat tinggal penuh emosi kepada peminat di media sosial. “Kini, masa yang sesuai untuk menyahut cabaran baharu, untuk mendorong diri saya semula dalam persekitaran baharu.”
“Ia adalah satu tempoh yang tidak dapat dilupakan dan penuh kejayaan sejak saya datang ke sini. Saya tidak sangka sejak meninggalkan Madrid sebagai budak mentah, kami mencapai apa yang kami lakukan bersama. Kini, inilah masa yang sesuai untuk menyahut cabaran baharu, untuk mendorong diri saya semula persekitaran baharu,” tambah De Gea.
Penjaga gol veteran itu menyertai Red Devils dari pasukan La Liga Sepanyol Atletico Madrid pada Julai 2011.
Dalam kerjayanya, dia membantu Atletico Madrid merangkul Piala Liga Europa UEFA dan Piala Super UEFA pada 2010.
De Gea juga memenangi kejuaraan Liga Europa UEFA bersama Manchester United pada 2017.
Dia membuat 367 penampilan untuk kelab Inggeris itu.