HomeBeritaDidakwa kena 'hack', aplikasi Misi kembali pulih - Pengasas 'refund' wang rakyat

Didakwa kena ‘hack’, aplikasi Misi kembali pulih – Pengasas ‘refund’ wang rakyat

CYBERJAYA: Misi Rakyat yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah vendor, runner dan pengguna mendapat perhatian orang ramai, apabila mendakwa ia digodam pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Lantaran itu, laman web Misi Rakyat ditutup sementara sejak Ahad bagi mengelakkan serangan berterusan daripada penggodam.

Pada masa sama, tinjauan MEDIA VARIASIĀ  pada Isnin mendapati, laman web tersebut sudah pun dibaik pulih dan boleh diakses orang ramai.

Sementara itu, Pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkata, pihaknya sudah pun menemui penggodam yang bertanggungjawab menyerang yayasan berkenaan.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai agar memberi sedikit waktu untuk pihaknya memulihkan semula aplikasi Misi.

“Syukur ada server backup. Ini pertama kali kena serangan begini dan bagus sebab jadi sekarang. Saya sudah kukuhkan keselamatan baharu untuk sekat serangan begini.

“Saya tidak boleh membenci anda (pelaku) kerana saya belajar pengajaran besar hari ini. Saya harap anda boleh sokong dan lindungi Misi. Segala salah faham mohon terbuka.

“Dan saya juga yakin anda tak dibayar cuma anda menguji. Saya boleh lihat log activity anda. Saya harap kita boleh berkawan nanti,” tulisnya.

Di sebalik insiden itu, wujud pihak yang beranggapan bahawa pengasas yayasan itu sengaja mereka-reka cerita dan menggodam sendiri aplikasi tersebut, dengan niat bagi mengaut keuntungan hasil wang sumbangan orang ramai.

Justeru, seorang pengguna media sosial tampil mempersoalkan sama ada wang yang disumbangkan boleh dipulangkan semula.

Jap nak tanya kalau App Misi ditutup, macam mana nak withdraw duit daripada wallet yang secara magik refund kepada semua?

“Sabtu Ahad tak boleh withdraw. Eh, tiba-tiba hari ini kena serangan hacker pula. Kebetulan pula esok Isnin. Menarik ni. Sesuatu,” kata individu tersebut pada Ahad.

Setelah dihujani pelbagai persoalan dan kecaman, Ahmad Faiz berkata, para penyumbang boleh membuat permohonan mendapatkan semula wang masing-masing mulai Isnin.

“Sistem telah kembali pulih, para penyumbang Misi Farms boleh request semula payout pada hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ahmad Faiz menerusi perkongsian di laman misirakyat menjelaskan bahawa, seluruh kutipan dana dipulangkan semula kepada penyumbang atas beberapa faktor yang turut membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Atas sebab di atas, saya reda dan saya tidak nampak jalan ini akan jadi mudah jika atas term donation.

“Sebab itu saya refunds semuanya dan saya akan teruskan bina hub pertama Misi Farms dengan duit syarikat sendiri.

So ready untuk Plan B?,” tulisnya lagi.

Author

Pilihan Editor