HomeSukanLegasi nombor keramat Liverpool diteruskan Szoboszlai

Legasi nombor keramat Liverpool diteruskan Szoboszlai

JUARA enam kali Liga Juara-juara Eropah (UCL), Liverpool menandatangani seorang lagi pemain tengah baharu, Dominik Szoboszlai dari RB Leipzig.

Menerusi hantaran rasmi Liverpool FC, kapten Hungary itu akan menggunakan nombor lapan untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh bekas ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard.

Sebelum ini, seorang lagi bekas pemain dari RB Leipzig, Naby Keita pernah menyarung jersi nombor 8 bermula musim 2018 hingga 2023.

Kehadiran Szoboszlai dalam kelab itu menjadikan dia pemain kedua dari RB Leipzig yang akan menggunakan nombor keramat berkenaan.

Lapor Sukanz, pemain tengah berusia 23 tahun ini telah membuktikan kebolehannya bersama RB Leipzig apabila dia telah berjaya menjaringkan 20 gol serta mencatatkan 22 bantuan gol selepas membuat 91 penampilan bersama kelab tersebut. Selain itu, Szoboszlai juga berjaya membantu bekas pasukannya menjuarai DFB Pokal bagi dua musim berturut-turut pada 2021-22 dan 2022-23.

Rata-rata peminat Liverpool meletakkan harapan tinggi bagi sesiapa sahaja yang menggunakan jersi nombor lapan kerana nombor ini menjadi sangat ikonik buat legenda The Reds, iaitu Steven Gerrard ketika di pentas akhir UCL di Istanbul 2005 apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya memakai jersi bernombor lapan dan menghadiahkan gelaran juara kepada The Reds.

 

Author

Pilihan Editor