HomeTeknologiElon Musk tubuh syarikat AI untuk faham ‘realiti’ dunia

Elon Musk tubuh syarikat AI untuk faham ‘realiti’ dunia

 

KETUA Pegawai Eksekutif Tesla dan pemilik Twitter, Elon Musk mengumumkan penubuhan sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) dikenali xAI, pada Rabu.

Menerusi pengumuman itu, Musk turut melancarkan laman web xAI serta mendedahkan bahawa syarikat tersebut akan berkerjasama dengan X (Twitter), Tesla dan beberapa syarikat lain bagi mencapai misi yang ditetapkan, lapor CNN.

“Matlamat xAI adalah untuk memahami sifat sebenar alam semesta,” katanya seperti ditulis dalam laman web berkenaan.

Malah, dalam laman web xAi turut dinyatakan bahawa beberapa pasukan yang diketuai oleh Musk bekerja pada GPT-3.5 dan GPT-4 chatbots OpenAI.

Untuk rekod, Musk merupakan pelabur awal dalam OpenAI dan sebahagian daripada lembaganya, tetapi beliau meninggalkan lembaga itu pada tahun 2018.

Syarikat itu juga termasuk jurutera daripada syarikat teknologi terkemuka lain, termasuk Google Research, Microsoft Research.

Author

Pilihan Editor