HomeEkspresiHayati seni budaya di Wat Arun, Bangkok, Thailand

Hayati seni budaya di Wat Arun, Bangkok, Thailand

JIKA anda berkunjung ke Bangkok, Thailand, jangan lepaskan peluang untuk menghayati seni bina dan budaya masyarakat di negara berkenaan.

      

Salah satu lokasi menarik untuk anda lawati adalah di Wat Arun Ratchawararam Ratchawaramahawihan atau lebih dikenali sebagai Wat Arun yang terletak di daerah Bangkok Yai di Bangkok, Thailand.

Wat Arun adalah sebuah kuil Buddha yang tersergam indah di tebing barat Sungai Chao Phraya dan kuil ini sering dipersonifikasikan sebagai sinaran matahari terbit.

Untuk ke Wat Arun, anda boleh menaiki bot dengan tambang 5 Baht (sehala).

Perjalanan dari terminal bot ke kuil cuma mengambil masa limit minit sahaja.

Saat melangkah kaki di Wat Arun, anda pasti akan terpegun seketika melihat ukiran dekorasi yang terpahat di dinding-dinding kuil berkenaan.

Kawasannya yang luas dilengkapi pelbagai fasiliti membuatkan kawasan ini sentiasa dipenuhi pengunjung baik daripada Thailand mahupun luar negara.

Menariknya, anda juga berpeluang merasai pengalaman memakai pakaian tradisional Thailand berserta aksesori lengkap dengan kadar sewaan harga berjumlah 200 Baht bagi tempoh dua jam.

Wat Arun yang turut dikenali sebagai ‘Kuil Fajar’ ini turut memberi ketenangan khususnya buat penganut Buddha kerana suasananya yang damai dilihat dan dinikmati.

Jangan lupa untuk merasai aiskrim kelapa berbentuk elemen Wat Arun disini! Anda boleh membeli aiskrim tersebut di kedai berdekatan kuil itu.

  • Harga tiket: 100 Baht (percuma air mineral)

Author

Pilihan Editor