HomeBeritaViral'Jangan malukan Islam, mana maruah kau?' - Wanita bertudung dikecam gelek sakan...

‘Jangan malukan Islam, mana maruah kau?’ – Wanita bertudung dikecam gelek sakan di khalayak

DARJAT seorang wanita dipandang tinggi dalam agama Islam, sehingga maruah golongan itu perlu dilindungi dan dipelihara dengan menutup aurat dan menjaga tingkah laku.

Namun, penghormatan yang diberikan itu tidak bermakna sekiranya seseorang wanita itu masih lagi tidak mampu menjaga maruah diri.

Baru-baru ini, maruah wanita Islam dicemari apabila seorang wanita bertudung dilihat tidak segan silu bergelek sakan di depan orang ramai.

Wanita tersebut berbuat demikian untuk turut serta menari bersama seorang lelaki ketika menghadiri program nyanyian, Big Stage 2023 baru-baru ini.

Kedua-duanya menari mengikut rentak lagu dangdut, seterusnya membuatkan penonton lain terhibur dan bersorak melihat aksi mereka.

Video aksi mereka sempat dirakam sebelum dikongsikan di laman TikTok @iam_erul1

@iam_erul1

Semi final #bigstage2023 #viral #fyp

♬ bunyi asal – ERUL – ERUL

Rata-rata warganet yang menyaksikan video tersebut berasa jelik dan mengecam perlakuan tersebut.

Namun, kebanyakannya dilihat lebih memberi perhatian kepada wanita berkenaan, yang dianggap tidak mempunyai rasa malu menari di khalayak ramai meskipun bertudung litup.

Siti_kah menulis: “Serius la perempuan tu? Kita yang tengok pun malu.”

Dekk Naa menambah: “Kalau aku jadi teman lelaki perempuan tu, auto aku minta putus ya.”

Ezec Jarule berkata: “Terlalu sporting dan open minded pun payah juga. Hilang malu.”

“Apabila hilangnya iman dan sifat malu dalam diri manusia itu, maka membuatkan dirinya berani mencabar tuhan,” kata Aysays kesal.

Soal Alongmie: “Jangan malukan Islam. Atas dah tutup tapi mana maruah kau?”

Author

Pilihan Editor