PENGGUNAAN kereta elektrik (EV) di Malaysia semakin meningkat sehingga ramai yang berminat untuk mengetahui serba sedikit maklumat berkaitan kereta EV dan ada juga yang mahu merasai pengalaman menaiki kenderaan canggih itu.
Baru-baru ini, MEDIA VARIASI berkunjung ke Expo Kereta Elektrik Malaysia 2023 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Pelbagai jenis model kereta EV dipamerkan dalam expo berkenaan bagi tatapan umum.
Malah, pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan tersebut.
Berikut adalah sebahagian jenis model kereta EV yang dipamerkan:
1) Kereta EV – Tesla Model Y
2) Kereta EV – BMW Model iX, i4, dan X5
3) Kereta EV – ORA Good Cat
Â
4) Kereta EV – Audi RS e-tron GT
5) Kereta EV – BYD Dolphin
6) Skuter EV – Blushark SG3000DTÂ
7) Kereta EV – Hyundai IONIQ 6
8) Kereta EV – Lotus Eletre
9) Kereta EV – Mini Cooper SE
10) Kereta EV – Mercedes Benz AMG EQS 53
11) Kereta EV – Volvo XC 40
Buat anda yang mahukan maklumat lanjut berkaitan model-model kereta EV, sila layari laman sesawang pengeluar kereta EV mengikut jenama yang dipilih. Anda juga boleh hubungi pihak pengeluar kereta EV untuk merasai pengalaman pandu uji di bilik pameran yang tertentu.