ANDA perlukan lebih banyak bukti yang Mark Zuckerberg telah mendapat keyakinan dirinya sejak kebelakangan ini?
Tidak perlu lihat jauh-jauh, tengok sahaja akaun Instagramnya.
Ya, itu adalah Zuckerberg yang makin sado berdiri antara dua petarung MMA moden yang paling berjaya pada generasi ini: Israel Adesanya di sebelah kirinya, manakala Alex Volkanovski di sebelah kanannya – menunjukkan CEO Meta itu sedang merekrut beberapa rakan latihan peringkat tinggi untuk dirinya.
“Dengan Mark, ia bukan propa. Ini memang serius,” kata Adesanya dalam kapsyen tiga slaid, merujuk kepada perbualan tentang potensi pertarungan dalam sangkar antara Zuckerberg dan Elon Musk.
Langkah merekrut Adesanya dan Volkanovski dibuat ketika Musk menerima jemputan terbuka bekas legenda UFC untuk berlatih melalui Twitter.
George St-Pierre mengesahkan bahawa dia “mempunyai sesi latihan yang hebat” dengan Musk pada tweet yang dihantar pada 3 Julai.
Great training session with 3 men that I really admire.
Combined IQ in this photo is 1000. « Not including me » 😂😂😂 pic.twitter.com/BY34IpRny8— Georges St-Pierre (@GeorgesStPierre) July 3, 2023
Tidak lama selepas itu, Threads, pesaing Twitter dilancarkan, menyebabkan lebih banyak cakap-cakap mengarut keluar dari Musk, termasuk cabaran kepada “pertandingan mengukur “anu”.
Tindakan Zuckerberg menayangkan betapa sasanya dia hanyalah langkah terbaharu dalam siri menunjuk lagak dalam talian yang tiada kesudahan.
Tetapi jutawan teknologi itu juga mungkin gembira kerana Threads berjaya mencapai 100 juta pendaftaran dalam lima hari pertamanya, bahkan melebihi kadar pertumbuhan ChatGPT.
Elon Musk juga muncul dalam perbualan peminat tentang kemungkinan perlawanan sangkar tersebut.
Bagaimanapun, jurucakap Meta enggan mengulas kepada Business Insider mengenai gambar atau bualan mengenai pertarungan dalam sangkar itu.
Sama ada pertarungan akan benar-benar berlaku – Dana White, presiden UFC, telah dirakam bersedia membantu menyediakan acara bayar bagi setiap tontonan untuknya – bukanlah isu.
Kedua-dua lelaki boleh menikmati publisiti yang memfokuskan pada fizikal mereka, dan bukannya produk yang mereka cipta.
Untuk apa pun nilainya, penulis biografi Musk tidak fikir CEO Tesla itu akan bertarung dengan Zuckerberg, baginya perselisihan terbuka itu adalah cara untuk kedua-duanya meluahkan perasaan mereka, pertaruhan pasti tak berlaku.