HomeBeritaMahkamah & JenayahPolis tahan reman bekas peguam 1MDB - Saifuddin

Polis tahan reman bekas peguam 1MDB – Saifuddin

BEKAS peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan ditahan di ibu negara pada Jumaat lepas, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa perintah reman turut dikeluarkan kepada wanita itu pada 8 Julai.

“Perintah reman itu adalah ke atas siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, sekali gus PDRM tentunya mempunyai beberapa perkara yang perlu untuk disiasat.

“Pada masa yang sama melalui peguam Jasmine Loo Ai Swan memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk memberi kerjasama untuk membantu PDRM dan kerajaan,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Pada November 2021, pendakwa raya memfailkan notis usul melucut hak dua kereta iaitu Audi dan Volkswagen New Beetle, wang berjumlah RM22,600 serta sebuah kondominium di Mont Kiara di ibu negara milik Jasmine.

Jasmine dikatakan seorang daripada sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, serta disenarai sebagai orang yang dikehendaki selepas melarikan diri dan tidak diketahui keberadaannya.

Author

Pilihan Editor