PASTI ramai yang tertawan dengan ketampanan anak pertama pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel dek kerana memiliki raut wajah campuran Inggeris.
Namun, kehadiran anak kedua Emma, Shakil Aryan Shah sekali lagi membuatkan ramai yang sejuk mata melihat kecomelannya.
Mana tidaknya, dengan kulit putih melepak gebu dengan sepasang mata sepet membuatkan cahaya mata kedua Emma iaitu Shakil Aryan Shah persis campuran anak Korea dan Cina.
Menerusi perkongsian di Instagram @shakilaryanshah, Emma memuat naik foto terbarunya bersama Shakil yang kini berusia dua bulan.
Difahamkan, wajah comel Shakil itu banyak mewarisi iras sebelah neneknya yang berbangsa Cina.
Menjengah diruangan komen, rata-rata warga maya memuji kecomelan Shakil.
“Gabriel macam mat saleh, adik macam Korea,” tulis netizen.
“Kak Emma selalu tengok drama Korea ke time pregnant 2nd baby,” soal seorang pengikut di Instagram berkenaan.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata, Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan Shah.