CYBERJAYA: Anak usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik B meraih pujian netizen kerana tidak membeli ‘lesen terbang’.
Baru-baru ini, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen, 18, berkongsi video dirinya menjalani kelas memandu bersama gurunya di Ipoh, Perak.
Pada masa sama, Cik B terlihat mesra melayan peminatnya yang teruja bertemu dirinya ketika menjalani latihan memandu di jalan raya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut melihat Cik B mengikuti kelas memandu daripada membeli ‘lesen terbang’.
“Bagus Cik B ni, bagus didikan Datuk Seri Vida,” komen seorang netizen.
“Terbaik Cik B, sekurang-kurangnya dia belajar, tak ada ambil lesen terbang,” tulis seorang lagi warga maya.