HomeHiburanSyifa Melvin dan Safawi Rasid bakal timang anak pertama, aksi Syatilla melompat...

Syifa Melvin dan Safawi Rasid bakal timang anak pertama, aksi Syatilla melompat buat netizen terhibur

CYBERJAYA: Isteri pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid berkongsi berita gembira bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin, 29, mendedahkan perkara tersebut dalam majlis kesyukuran serta ‘gender reveal’ yang diadakan pada Ahad.

Syifa yang kini hamil tujuh bulan berkongsi keterujaannya menjadi ibu di Instagram  dan memohon doa agar urusan dipermudahkan

“Alhamdulillah majlis doa selamat berjalan lancar dan meriah. Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik, ibu can’t wait to see you love,’ katanya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah aksi teruja dua kakaknya iaitu Syatilla dan Syida yang melompat kegembiraan selepas mengetahui jantina bayi pertama Syifa.

Menerusi video yang dikongsi Instagram Syida Melvin, menunjukkan Syatilla melompat ke arah Syida sehingga mereka berdua terjatuh ke lantai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan kedua beradik tersebut.

“Belum lahir sudah macam tu makcik-makciknya excited. Dah lahir nanti taktau lah,” seloroh netizen.

“Aku tak kisah yang mengandung, risau dua orang baju pink tu, nyaris-nyaris patah dua,” komen netizen.

“Aku lah Tilla ni apa dia ingat hampa playground ka Syida oi,” kongsi netizen.

Untuk rekod, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.

Author

Pilihan Editor