HomeGlobalIbu campak bayi 6 minggu dari tingkat empat

Ibu campak bayi 6 minggu dari tingkat empat

DEMI menyelamatkan nyawa si kecil, seorang ibu mengambil keputusan drastik mencampakkan bayinya dari tingkat empat di sebuah apartment di daerah Yongjia, Wenzhou, Wilayah Zhejiang, baru-baru ini.

Menerusi sebuah rakaman video yang tular di media sosial, wanita terbabit bertindak demikian kerana pada ketika itu, dia sekeluarga terperangkap dalam satu kebakaran.

Malah, dalam video sama turut kelihatan sekumpulan orang berada di tingkat bawah siap-siaga menyambut bayi berkenaan dengan memegang cadar, lapor Metro.co.uk.

Rakaman sama turut memaparkan kepulan asap tebal di belakang wanita terbabit yang melemparkan anaknya dari tingkat empat yang jarak ke aras bawah adalah sekitar 9.14 meter.

Berdasarkan laporan sama, bayi, keluarga wanita berkenaan serta beberapa jiran tetangganya selamat atas bantuan bomba yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Kesemua mereka dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Author

Pilihan Editor