HomeTeknologiThreads - Fokus kehidupan komuniti, bukan platform berita dan politik

Threads – Fokus kehidupan komuniti, bukan platform berita dan politik

Aplikasi terbaharu Meta, Threads tidak akan memberi fokus terhadap kandungan berita dan politik.

Perkara itu disahkan Ketua Bahagian Instagram, Adam Mosseri menerusi wawancaranya bersama wartawan The Verge, baru-baru ini.

Menurutnya, tumpuan kepada berita dan politik adalah tidak berbaloi kerana ia akan menimbulkan isu integriti, imej negatif dan juga pengawasan daripada pihak berkuasa.

Malah, Mosseri menyatakan bahawa langkah selamat itu turut diambil oleh pihak Threads dalam memastikan pengiklan tidak merasakan ia sebagai sebuah platform yang negatif untuk mengetengahkan jenama masing-masing.

Justeru, Threads akan menjadi sebuah platform perkongsian mesej pendek seakan Twitter yang berfokus kepada kehidupan seharian dalam komuniti.

Untuk rekod, lebih 70 juta akaun dibuka pengguna menerusi aplikasi Threads yang baru sahaja dilancarkan pada Khamis lalu.

Jumlah tersebut bersamaan dengan sekitar 1/5 daripada jumlah akaun pengguna Twitter.

Author

Pilihan Editor