HomeBeritaPolitikAbdul Hadi sedia kerjasama dengan polis kes ucapan kempen PRK

Abdul Hadi sedia kerjasama dengan polis kes ucapan kempen PRK

CYBERJAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman, berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Johor.

Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman berkata, pihaknya telah dihubungi Bukit Aman pagi Isnin untuk memberi keterangan.

“Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Tan Sri Tuan Guru, dan beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman.

“Malah sebelum ini Tan Sri Tuan Guru telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan, ” katanya menerusi laman Facebook pda Isnin.

Maklumnya lagi, Abdul Hadi turut menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan.

 

 

 

Author

Pilihan Editor