HomeGlobalEU gesa Israel bayar pampasan setelah robohkan sekolah Palestin

EU gesa Israel bayar pampasan setelah robohkan sekolah Palestin

KESATUAN EROPAH (EU) pada Jumaat menyeru Israel untuk menghormati hak kanak-kanak Palestin untuk mendapatkan pendidikan dan membayar pampasan setelah merobohkan sebuah sekolah di Tebing Barat yang diduduki.

“Terkejut dengan perobohan sekolah yang dibiayai EU di Ein Samiya di Tebing Barat yang diduduki,” tulis Delegasi EU ke Palestin di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Ia menyeru Tel Aviv untuk menghormati hak kanak-kanak Palestin untuk mendapatkan pendidikan dan “membayar pampasan kepada EU untuk dana yang hilang.”

Dalam satu kenyataan awal Khamis, Kementerian Pendidikan Palestin berkata, pihak berkuasa Israel merobohkan Sekolah Ein Samia, yang terletak di timur Ramallah, yang dihadiri pelajar dari masyarakat Badwi tempatan.

Perobohan itu dilakukan dengan alasan sekolah itu tidak mempunyai lesen, tambah kementerian itu.

Unesco Palestin berkata, sekolah itu dirobohkan hanya beberapa hari sebelum permulaan tahun persekolahan baharu.

“Dalam tempoh 12 bulan lepas, 3 #sekolah telah dirobohkan yang menjejaskan 78 pelajar. Sebanyak 58 sekolah kekal di bawah ancaman perobohan,” katanya di X.

Pada Khamis, Konsulat British di Baitulmaqdis turut mengutuk insiden itu, menyeru supaya hak pendidikan untuk kanak-kanak Palestin ditegakkan. – Anadolu

Author

Pilihan Editor